Subscribe:

Halaman

Selasa, April 23, 2013

DOA SEBELUM BERSETUBUH DENGAN ISTERI

Doa Sebelum bersetubuhatau yang di dalam Islam disebut jima’,ok? Assalamu'alaikum dan salam sayang dari admin blogger. mengenai doa bersetubuh atau jima' ini adalah doa agar semasa kita bersetubuh, kita dijauhkan dari gangguan syaitan dan berharap hasil atau anak yang kita harapkan menjadi anak yang soleh dan pastinya berbakti kepada kita kelak, samada di dunia mahupun di akhirat.

doa+bersetubuh+main+isteri+jima'

Doa ni ni khas untuk yang baru nak nikah.. Yang dah nikah, tapi tak pernah baca doa sebelum bersama dengan isteri pun elok hafal doa ni juga…. Siapa yang dah hafal, boleh semak balik, betul tak hafalannya..

p.s: Doa dalam gambar ini adalah yg paling hampir sama dengan doa yg diriwayatkan di dalam hadis di bawah. Cuma, dihadapannya perlu di tambah dengan, “Bismillah”

Rasulullah saw bersabda: “Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah ia membaca: “Bismillah, Allahumma jannibnas Syaitana wajannibis syaitana ma razaktana.
Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami. Jika Allah takdirkan (dengan hubungan tersebut lahir) seorang anak, maka syaitan tidak boleh memudaratkannya.” ~Riwayat al-Bukhari.~

Boleh share dan tag kawan-kawan yang baru nak nikah tu.. | DOA SEBELUM BERSETUBUH DENGAN ISTERI @ INFO AGAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan