Subscribe:

Halaman

Khamis, Disember 30, 2010

BESA GLERRRRR!!!!!!!!

hye, salam,,,
hui, nie che nk habaq kt depa suma, smlam che jmpa kura-kura terbang.....hahaha... x de r,...
ni, ari ni aq nk 2lis cket psl pe yg aq nmpx smlam sm5 leh mngilhmkan aq ntok mnuls blog pasal Tokek....

fuh,,, cmni, smlam aq,adq n mak aq p umah jran lame aq n yg ktorang angp dh mcm sdare dh......... ktorang  g sne bab dh lme x p jnguk dye owng ue.. so berangkt r pgi smlam gan perjlnn slme 30 mnit je...

sm5 sne jer, jirn aq ni smbt ngan best najk trus msk umah... kte owng pown ngan x sgan2 msuk je r n trus k dpur... dlm on de way ue, kt tgh2 jln ue trgantung stu sngkr burung yg dblut ngan kain btik... then jran aq ni pown ckap "nak tengok tokek x??". kte owng pown trcngang kt stu ble dngo prkataan Tokek ue... so dgn x sgan2 jran aq ue pown bkk kain btik dyer aq pown tros tgak r... (bkn kain btik dye pakai p yg kat sarang burung ue...) bulu roma aq truz tgak... mmg besa gler cicak ue n x pnh aq nengok pown sbeso ue.... lebh beso dri cicak yang aq ltak kat krusi Adda( kwn pmpuan yg aq dengki yang tkt cick kt skewl seni ).....

Mmg beso ccak ue sm5 aq plik, sdre aq bgi mntang ue mkn cngkrik yg dyer bli kt psar. hah, cicak beso ue owng pngil tokek... p klu nk tau g, krang bce r cer pasl Tokek kt blog aq ni ea....

PERIGATAN : jgn jerit sdah... haha...

gd luck........ :-)

Khamis, Disember 30, 2010

MENJADI KAYA DENGAN CICAK

Tokek merupakan nama umum bagi menyebut cicak besar. Ada beberapa jenis tokek, namun istilah tokek biasanya merujuk kepada cicak besar rumah.
Tokek rumah adalah sejenis reptilia yang masuk ke dalam golongan cicak besar, spesis Gekkonidae. Tokek rumah memiliki nama ilmiah Gekko gecko (Linnaeus, 1758). Dalam bahasa lain reptilia ini disebut sebagai téko atau tekék (bahasa Jawa), tokék (bahasa Sunda), dan tokay gecko atau tucktoo (bahasa Inggris).

Cicak ini berukuran besar dan panjangnya kira-kira 340 mm, hampir setengahnya adalah ekornya.
Dorsal (sisi punggung) kasar, dengan banyak bintik-bintik besar. Kulit kebiruan dan kecoklatan, dengan bintik-bintik berwarna merah bata sampai jingga. Ventral (perut, sisi bawah tubuh) kulit biru keputihan atau kekuningan. Ekor membulat, dengan enam baris bintil; berbelang-belang.
Jari-jari kaki depan dan belakang dilengkapi dengan bantalan pengisap yang disebut scansor, yang terletak di sisi bawah jari. Gunanya untuk melekat pada permukaan yang licin. Maka, dari sisi atas jari-jari tokek nampak melebar.



Tokek biasanya dijumpai di pokok-pokok di kawasan dan di rumah, terutamanya di kampung-kampung dan di tepi hutan. Tokek rumah merupakan pemangsa bagi  serangga seperti cicak kecil, tikus kecil, cengkerik, belalang kecil, dan mungkin juga burung kecil . Seperti spesis cicak lain, tokek memburu mangsanya pada waktu malam, manakala siang hari biasanya mereka bersembunyi di celah-celah pokok, celah batu, bahkan di celah atap rumah.
Haiwan ini boleh ditemui dari India timur, Nepal, Bangladesh, sebahagian  Myanmar,Tiongkok selatan dan timur, Thailand, Semenanjung MalaysiaSumatra, Jawa, Sulawesi, Lombok, Flores, Timor, Aru dan sehingga kekepulauan Filipina .

Tokek menjadi mahal dan sangat dicari orang kerana kononnya boleh menyembuhkan penyakit orang yang mengidap HIV atau AIDS. Penyakit ini boleh menyerang sistem imun tubuh badan dan belum ada penawar perubatan yang mampu mengatasinya. Oleh sebab itu, ramuan tradisional dari tokek dipercayai boleh dijadikan ramuan paling mujarab. Bagian lidah tokek dan darahnya dikatakan mengandungi zat yang boleh melawan virus HIV. Selain lidah, hempedu tokek kononnya juga mujarab bagi mengubat orang yang mengidap AIDS. Di sebabkan inilah harganya sangat mahal untuk dibeli dan boleh mencecah sehingga RM40 000 atau lebih mengikut beratnya.
Tetapi reptilia ini sangat susah ditemuai dan bagi orang yang bernasib baik akan menemuinya.


Jumaat, Disember 24, 2010

LARANGAN RASUL KEPADA KAUM HAWA

Pada masa kini, kebnyakkan umat Islam telah leka dengan tuntutan dunia tanpa menghiraukan lagi tuntutan di hari akhirat. Ini terjadi kerana adanya perkara-perkara yang tidak sihat masa kini yang telah mencemari minda anak-anak muda masa kini.
    
    Rasulullah telah meninggalkan larangan kepada umatnya dari mendekati kemaksiatan. Terdapat 33 larangan Rasulullah terhadap kaum wanita, ialah : 

1. Mendedahkan Aurat
2. Berpakaian Menyerupai Lelaki
3. Bergaul Bebas Dengan Lelaki Bukan Muhrim
4. Bersalamn Dengan Lelaki Bukan Muhrim
5. Memakai Pakaian Menyerupai Orang Kafir
6. Menyambung Rambut
7. Mencabut,Mencukur dan Menipiskan Kening
8. Mengikir Gigi
9. Membuat Tattoo
10. Melihat Aurat Sesama Wanita/Bergabung Dalam Satu Pakaian
11. Melakukan Musahaqah
12. Memakai Wangian Agar Dikagumi Orang Lain
13. Memasuki Pusat Kecantikan Awam
14. Berkhalwat Dengan Lelaki Bukan Muhrim
15. Tidak Melayani Kehendak Suami
16. Menceritakan Rahsia Hubungan Suami Isteri Kepada Orang Lain
17. Menerima Tetamu Bukan Muhrim Tanpa Izin Suami
18. Keluar Dari Rumah Tanpa Izin Suami
19. Membenci Dan Menyakiti Hati Suami
20. Ingkar Perintah Suami
21. Bermusafir Tanpa Muhrim @ Suami
22. Menceritakan Sifat Perempuan Lain Kepada Suami
23. Puasa Sunat Tanpa Izin Suami
24. Menginfak Harta Suami Tanpa Izin
25. Kufur Terhadap Kebaikan Suami
26. Menyumpahi Anak
27. Memaksa Suami Menceraikan
28. Memakai Barang Kemas Dengan Sombong Dan Megah
29. Menyakiti Jiran Tetangga.
30. Mengoyakkan Pakaian Ketiak Mendapat Musibah
31. Meratapi Kematian
32. Berkabung Atas Kematian Seseorang Melebihi 3 Hari
33. Menziarahi Kubur Diiringi Tangisan

Diharap ini dapat memberi petunjuk dan peringatan kepada kaum wanita dalam membina sahsiah dan membuka minda ke arah menyelamatkan diri dari segala ancaman serta murka dan seksa Allah taala....






Jangan dok hina sangat. diorang wat silap, kte buat jadi pengajaran,
kita dok kutuk2 skang, nanti Allah balas balik anak bini kita yg buat, kang sapa susah? kte doakan yg terbaek je :)

Jumaat, Disember 24, 2010

SEJARAH CATAN DUNIA

Sejarah Seni Catan
• Sejarah catan bermula pada zaman Yunani Purba. Pada masa itu aktiviti catan hanya menggambarkan kisah-kisah keagamaan. Media yang digunakan dalah seperti mozek dan fresko.
• Zaman Renaissance pada kurun ke-17 merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah sehingga ke abad ke-18.Media yang digunakan ialah seperti cat minyak, air, tempera dan fresko.
• Pada kurun ke-19 dan 20, muncul beberapa aliran baru yang menentang pemikiran tradisi.
Karya Eugene Delacroix
Karya ini telah dihasilkan pada aliran Romantisme.
 Tajuk: Liberty Leading the People (1830).
Gaya karya distailisasikan seperti gaya gothik.

Karya Van Gogh
Karya ini dihasilkan pada Kurun ke-19.
Aliran Impressionisme.
Tajuk : Bedroom.
mempunyai garis-garis kasar dan warna yang terang.
Mencipta bentuk dan suasana yang dilihat.

Karya Warhol
 Karya ini dihasilkan pada penghujung abad ke-20.
 Aliran Pop Art.
Tajuk : Marylin Monroe
 Tema aliran ini berkisar kebudayaan semasa dan yang popular pada masa itu.
 Gaya umpama poster untuk pengiklanan.


Aliran-aliran seni catan di barat

• Klasik
• Barroque
• Romanticisme
• Impressionisme
• Post-Impressionisme
• Ekspressionisme
• Kubisme
• Surelisme
• Seni Pop

Aliran Klasik
• Aliran ini lahir pada zaman Renaissance iaitu zaman kelahiran semula.
• Figura sebagai pemusatan tumpuan karya.
• Penumpuan kepada kadar banding dan anatomi.
• Menggunakan perspektif,ruang dan unsur seni.
• Karya-karya mendapat perhatian daripada golongan bangsawan.
• Hal benda yang dipaparkan banyak berkisar orang-orang bangsawan dan golongan kaya.


Michalengelo

 Aliran Romanticism
• Istilah Romanticism telah wujud pada pertengahan abad ke-18.
• Karya aliran ini adalah lebih kepada gambaran sesuatu keadaan yang berlaku pada zaman itu.
• Mesej karya tertumpu kepada kedamaian,keharmonian,kecintaan.
• Hal benda karya tertumpu kepada ekspresi muka dan aktiviti figura
• Gaya karya masih terpengaruh dengan gaya gothik iaitu gaya zaman klasik.
• Penggunaan garisan luar yang terang.
• Tema karya tertumpu kepada kisah kesengsaraan,kejatuhan gereja dan pemerintahan beraja.
• Warna yang digunakan ialah warna yang kusam,suram dam kelam.
• Warna itu menggambarkan kesengsaraan,kezaliman yang berlaku pada zaman itu.
Eugene Delacroix

Eugene Delacroix

Francisco José de Goya

Francisco José de Goya


 Aliran Barroque
• Zaman ini dikenali sebagai zaman renaissance tinggi.
• Barroque membawa maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi indah.
• Karya menumpukan kepada komposisi,aksi,warna dan cahaya.
• Latar belakang karya berwarna gelap
• Karya tertumpu kepada objek
Rembrandt van Rijn


Aliran Impressionism
• Aliran muncul pada abad ke-19.
• Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat.
• Warna tidak dicampur dengan hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas.
• Warna bertindih-tindih.
• Tidak melukid secara detail.
• Mementingkan keserasian warna,cahaya serta watak-watak alam.
• Mengutamakan suasana yang dilihat contohnya seperti pagi, petang ,malam.
• Aliran ini condong kepada aliran naturalisme.
• Palitan warna spontan tentang apa yang dilihat. 
Claude Monet


Edgar Degas


Pierre-Auguste Renoir

Aliran Post-Impressionisme
• Realiti itu sentiasa baru dan tegas
• bukan meniru bentuk tetapi mencipta bentuk.
• bukan meniru kehidupan tetapi mencari kesamaan di dalam kehidupan.
• melukis imej-imej yang mempunyai struktur dan logik untuk mencapai kesatuan antara isi yang berkait rapat.
• melukis sebagai pernyataan dan simbol diri.
• perspektif, bentuk dan warna adalah yang baru dan tidak mengikut orang lain.
• warna terang dan gelap adalah pancaran dari gerak hati spontan pelukis.
George Seurat




Paul Cezanne

Paul Gauguin


Aliran Kubisme
• Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti.
• Menganggap seni sebagai satu konsep ke arah penciptaan dan menolak peniruan.
• Cuba menyelesaikan masalah 3 dimensi dalam 2 dimensi.
• Penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometri.
• Seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar.
• Warna yang bertenaga
Pablo Picasso

Marcel Duchamp

Aliran Ekpresionisme
• Menolak ciri-ciri tradisi klasik
• Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis.
• Menolak peniruan alam dan menyingkir subjek dan objek.
• Penggunaan warna yang dramatik
• Tidak ada imej yang jelas.
• Kesan berus yang kasar dan kadangkala tidak menggunakan berus.
Wassily Kandinsky

Jackson Pollock

Aliran Surelisme
• Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar minda pelukis.
• Terpengaruh dengan idea ahli falsafah Sigmund Frued.
• Paparan Imej-imej bawah sedar dan alam khayalan.
• Menyeramkan, sunyi dan tidak logik.
• Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan sekan misteri.
• Objek diletakkan pada tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantum.
Salvador Dali


Aliran Seni Pop
• Berasaskan persekiran dan kebudayaan popular yang mempengaruhi kotaraya New York dan London  dan tema, teknik, imej dan mitos bersifat semasa dan populariti.
• Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna.
• Pelukis seni pop terkenal dengan panggilan New Realist.
• Warna yang terang pada permukaan yang berbidang yanmg besar.
• Konsep modern yang mirip kepada kesesuaian zaman sains dan teknologi.
Andy Warhol

Jumaat, Disember 24, 2010

Kata Mak....

Ok, salam,,
 Hmmm, mlm ni x tau nak nyanyah ape, so nak cite cket prsiapn akhir aq sblom skewl nek nie. bkn pe, cme gabra cket r, bnyk mende nk wat lgi2 psl byaran yuran, peh ble trtonggeng kering kocek. p pe leh buat, kne p skewl gak mmandngkn thun dpan ialh Final Years kite owng ntok dq SSeJB sesi 2007-2011.... PMR dh lps mmg lega  p cuak ue dtg blek ble pkir psl SPM plak..., adoiyai.............

Mak aq sllalu pesan, "belajr dri awl, jgn nnti dh akhir2 nnti bru nak buka bku",.... klu pkir blek adew btol nye mak aq ckp ue, ye r x nk r nanti nasi dah menjadi bubur, mnyesl kt mse dpan.... biar r kte ni brsush2 dlu bab snang ble dh brjye nnti....

So, bgi sespw yg bce ni, ingt2kn r sspw je yg nk brjye dlm hdup,,,,, kte ni mnusia biase x kering dlm wat ksalhan n sntiasa pelupe...
GOOD LUCK dalm HIDUP....

Khamis, Disember 23, 2010

SEJARAH KEMERDEKAAN-PART 2

RUNDINGAN ANTARA KAUM DAN PENYEDIAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957
 SURUHANJAYA REID

1.
Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada tahun 1956 untuk mengubal rang perlembagaan baru bagi Tanah Melayu yang bakal mencapai kemerdekaan.
2.
Suruhanjaya ini diketuai oleh Lord Reid.
3.
Anggota-anggotanya yang lain terdiri daripada 4 orang hakim dari Negara Komanwel iaitu:
(a)Sir William Mckell dari Australia.
(b)Sir Ivor Jennings dari United Kindom.
(c)B.Malik dari India.
(d)Abdul Hamid dari Pakistan.
4.
Suruhanjaya ini menerima sebanyak 131 memo random bertulis daripada pertubuhan-pertubuhan dan individu induvidu.
5.
Suruhanjaya ini juga berperanan untuk menkaji memorandum dan merangka satu pelembagaan baru.
6.
Satu laporan atau rang perlembgaan dikemukakan oleh Suruhanjaya Reid pada Februari 1957untuk pperbincang umum.
7.
Antara cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid ialah:
(a)Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh seorang raja.
(b)Ketua negera ialah Yang di-Pertuan Agong.
(c)Persekutuan Tanah Melayu mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.
(d)Sistem kerajaan pusat dan kerajaan negeri diamalkan.
(e)Parlimen Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
(f)Pilihan raya umum diadakan setiap lima tahun sekali.
(g)Pulau Pinang dan Melaka diketuai oleh seorang Yang Dipertuan.
(h)Hak istimewa orang Melayu ditimbang semula selspas 10 tahun merdeka.
(i)Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebanggsaan tetapi bahasa Cina dan bahasa Tamil boleh digunakan dalam parlimen dan Dewan Negeri.
8.
Parti Perikatan menkaji Laporan Suruhanjaya Reid dan membuat beberapa pindaan.
9.
Meorandum yang dihantar oleh Parti Perikatan kepada Suruhanjaya Reid adalah hasil daripada tolak ansur antara 3 kaum.
10.
Antara pindaan yang dibuat oleh Parti Perikatan ialah:
(a) Agama Islam adalah agama rasmi tetapi rakyat bebas mengamalkan agama masing-masing.
(b) Cadangan dwikerakyatan oleh Suruhanjaya Reid ditolak. Seseorang hanya boleh memiliki satu kewarganegaraan.
(c) Hanya bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sahaja dibenarkan dalam Majlis Perundangan selama 10 tahun.
(d) Hak istimewa orang Melayu  dipertimbangkan atas arahanyang di- Pertuan Agong.
(e) Bahasa Cina dan Bahasa Tamil boleh digunakan sebagai bahasa pengantaraan di sekolah rendah.
(f) Sesiapa yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu pada atau selepas hari kemerdekaan akan menjadi warganegara secara automatik.
11.
Pindaan terhadap Suruhanjaya Reid diterima oleh semua kaum dalam Parti Perikatan.
12.
UMNO bersetuju melonggarkan pemberian hak kerakyatan  kepada orang bukan Melayu.
13.
MCA dan MIC menerima usul mengenai bahasa Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu sebagai kaum bumiputera.
14
Selepas pindaan, perlembagaan ini diperkenan oleh Majlis Raja-raja.
15
Rang perlembagaan yang telah dipinda diluluskan  oleh Majlis Undangan Tanah Melayu pada 15 Ogos 1957 dan berkuatkuasa pada 27 Ogos 1957.


ASAS PERLEMBAGAAN TANAH
MELAYU 1957


1.
Rang perlembagaan Tanah Melayu yang telah dipinda dan dipersetujui bersama dikuatkuasakan pada 27 Ogos 1957.
2.
Asas-asas perlembagaan yang dipersetujui bersama adalah seperti berikut:
(a) Kedudukan Raja-raja Melayu. Ketua Negara Tanah Melayu ialah Yang di-Pertuan Agong sementara sultan-sultan pula menjadi ketua di negeri masing-masing.
(b) Kedudukan istimewa orang Melayu. Kedudukan orang Melayu sebagai kaum bumiputera di Tanah Melayu diiktiraf dan hak istimewa orang Melayu dijamin oleh perlembagaan.
(c) Pemberian kerakyatan. Seseorang yang dilahirkan di Tanah Melayu pada atau selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan secara otomatis menjadi warganegara Tanah Melayu.
(d) Kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu dijadakan bahasa kebangsaan. Walau bagaimanapun bahasa Inggeris masih digunakan dalam majlis perundangan selama 10 tahun selepas merdeka.
(e) Peranan dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi. Agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu ialah agama Islam. Walau bagaimanapun kebebasan beragama bagi orang bukan Islam adalah terjamin.
3.
Perlembagaan Tanah Melayu 1957 berasaskan kepada 2 ciri utama iaitu:
(a)    Raja berperlembagaan
(b)   Demakrasi berparlimen.
  

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN 31 OGOS 1957

1.
Untuk menandakan kemerdekaan tanah Melayu, bendera Union Jack diturunkan pada pukul 12 tengah malam pada 31 Ogos 1957.
2.
Bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar menandakan penjajahan British sudah tamat di tanah Melayu.
3.
Hari Kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1957 oleh Tunku Abdul Rahman.
4.
Pada hari tersebut, Jemaah Menteri  bagi Persekutuan Tanah Melayu  yang pertama diumumkan.
5.
Tunku Abdul Rahman mengetuai Jemaah Menteri dengan menjadi Perdana Menteri  yang pertama bermula pada tahun 1957 hingga 1970.
6.
Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong.
7.
Yang di-PertuanAgong Tanah Melayu yang pertama ialah Almarhum Tunku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang Dipertuan Negeri Sembilan.
8.
Pilihan raya umum yang pertama diadakan pada tahun 1959.
9.
Dalam pilihan raya pada tahun 1959, terdapat pertambahan pengundi bukan Melayu kerana pelongaran syarat mendapat kerakyatan.
10.
Parti Perikatan telah memenangi 74 daripada 104 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya tersebut.
11.
Tunku Abdul Rahman Sekali lagi dilantik sebagai Perdana Menteri.
12.
Beliau dibantu oleh sebuah kabinet yang terdiri daripada 12 menteri  yang berbilang kaum.

Watikah Permasyhuran Merdeka
Keratan Akhbar Utusan 1957


Khamis, Disember 23, 2010

SEJARAH KEMERDEKAAN-PART 1

PILIHAN RAYA UMUM PERTAMA(1955).

1.
Pilihan raya umum yang pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu diadakan pada 27 Julai 1955.
2.
UMNO, MCA, dan MIC telah bergabung menjadi Parti Perikatan bagi mewakili tiga kaum utama di Tanah Melayu dalam menghadapi pilihan raya ini.
3.
Matlamat utama Parti Perikatan dalam pilihan raya ini adalah untuk mencapai kemerdekaan Tanah Mulayu.
4.
Parti-parti lain yang turut bertanding ialah:
(a) Parti Buruh
(b) Parti Negara
(c) Parti Progresif Rakyat
(d) Parti Islam Se-Malaya (PAS).
5.
Didapati lebih daripada 80% pengundi memberi sokongan kepada Parti Perikatan.
6.
Berdasarkan sokongan ini, Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.
7.
Kemenangan Parti Perikatan dalam pilihan raya tersebut menunjukkan penduduk Tanah Melayu boleh bersatu.
8.
Berikutan kemenangan itu, kerajaan British mengiktiraf  Parti Perikatan sebagai kerajaan yang mewakili rakyat Tanah Melayu.
9.
Sistem Ahli ditukar kepada Sistem Menteri.
10.
Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Ketua Menteri Tanah melayu yang pertama.
11.
Pesuruhjaya Tinggi British masih:
(a)Ketua Persekutuan.
(b)Mempunyai kuasa pembatal untuk membatalkan sebarang undang-undang yang digubal oleh Majis Undangan persekutuan.



 ROMBONGAN KE LONDON(1956)

1.
Seperti yang dijanjikan dalam kempen pilihan raya umum 1955, wakil Parti Perikatan berlepas ke London untuk merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu setelah memenangi pilihan raya umum 1955.
2.
Rombongan tersebut berlepas ke London pada Januari 1956 dan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.
3.
Rombongan ini terdiri daripada:

1. 4 orang wakil kerajaan Perikatan
(a) Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
(b) Dato’ Abdul RazakHussein
(c) Dr. Ismail Abdul Rahman
(d) Kol. H. S. Lee

2. 4 orang wakil Raja-raja Melayu
(a) Datuk Panglima Bukit Gantang
(b) Dato’ Mohd Seth
(c) Dato’ Nik Ahmad Kamil
(d) Abdul Aziz Majid

3. Wakil-wakil British di Tanah Melayu.
4.
Hasil daripada rundingan ini, Perjanjian London di tandatangani pada 8 Februari 1956.
5.
Antara isi kandungan Perjanjian London 1956:
(a) Kerajaan British bersetuju memberikan kemerdekaan kepada tanah melayu pada    31 Ogos 1957.
(b)Kerajaan British berjanji memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu dengan syarat sebuah Suruhan Jaya Perlembagaan baru bagi Tanah Melayu yang merdeka.
(c) Parti Perikatan berjanji tidak akan memiliki atau mengambil alih harta benda atau perniagaan British di Tanah Melayu.
(d) Rakyat British bebas Menjalankan aktiviti ekonomi mereka.
(e) Pangkalan tentera British di Tanah Melayu akan dikekalkan supaya British dapat melindungi Negara dan menjaga kepentingan mereka.
6.
Setelah kembali ke tanah air, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan tarikh kemerdekaan di Padang Bandar Hilir, Melaka.

Antara yang menyertai rombongan
Tunku Andul Rahman menandatangani Perjanjian London 1956