Subscribe:

Halaman

Rabu, Mac 02, 2011

PERHHHH,,,,, BNYAK GLER KEJE NTOK KESENIAN SPM NIE...

Nie aq nak habaq kat korang sume nie,,, tahun nie aq sbagai budak FINE ART DEPARTMENT,, kene wat 3 karya ntok tugasan kesenian nie..... jadi aq kene cari r bahan ntok jurnal, kajian n many more...... So, konklusinyer otak berserabut..............

Nie blom masuk lagi masalah akademik  nyer............... Sume nak mara ble x siap keje padahal  masing2 JU dngn guru2 nak bagi keje.... Come on r,,, nme pown Sekolah Seni,, msti r kesenian yg banyak,,, bkan bermaksud tak nak belajar akademik,,, tapi kite orang tertekan hidop 5 tahun kat sini,,, masing2 tak nak mengalah,,, lagi nak pekse besau mcam SPM n PMR,,, akademik makin ditekankn sampai keseniaan tenggelam,,, macam tue baik bukak sekolah bese je,,, patutnye keseniaan yg perlu diberi penekanan sebab produk Sekolah Seni ialah mengeluarkan pelajar yang berkemahiran dan berilmu.....

Macam Sekolah Sukan, produk mereka ialah ahli sukan yang profesional dan mampu menaikkan martabat sukan negara. Cuba kita lihat dari segi pembahagian masa mereka, sukan diutamakan dan kemudiannya barulah kecemerlangan akademik. Berbalik dengan tempat saya belajar, bukan untuk menjatuhkan tetapi sebagai luahan perasaan tentang rasa tidak puas hati dengan dasar yang dijalankan.  Cuba kita renungkan sejenak, adakah seni kita ini dimartabatkan di seluruh dunia, jawapannya tentunya tidak bukan.  

Sebab itulah penubuhan sekolah seni ini perlu mengikuti objektif utama semasa mula-mula penubuhannya iaitu 60% kesenian dan 40% akademik. Tetapi apa yang kami lalui ialah 60% akademik dan 40% kesenian. Adakah ia wajar untuk dilaksanakan? anda boleh memikirkannya sendiri.... persoalannya sampai bila seni di negara kita ini tidak akan dipandang di mata dunia. Tetapi sukan di negara kita telah pun menempah nama di mata dunia. fikirkanlah.....