Subscribe:

Halaman

Jumaat, Mei 25, 2012

JANGAN BUKA AIRCOND!!!


Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan penghawa dingin. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika difikir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila sudah memasuki tubuh kita…
P/s : jika anda sayangkan keluarga & rakan-rakan anda ,Jangan malu-malu mau share,copy paste kerana info ini milik kita semua

Rabu, Mei 23, 2012

DENGKUR bawa PENYAKIT

Kebanyakan orang menganggap berdengkur adalah perkara biasa, namun ia sebenarnya boleh mendatangkan kesan negatif kepada kehidupan dan kesihatan seseorang. Kesan paling cepat dan jelas ialah letih dan mengantuk pada waktu siang.

Apabila berbincang mengenai dengkur kita pasti akan memikirkan lelaki, tetapi kajian mendapati 60 peratus masalah berdengkur terjadi pada lelaki dan 40 peratus lagi ialah perempuan.
 
Faktor berdengkur :
> Bentuk mulut sama ada lelangit lembut terlalu rendah, uvula panjang, lidah terlalu besar atau tonsil bersaiz besar - semuanya boleh menghalang saluran udara.

> Kegemukan juga menyebabkan saiz empat bahagian berkenaan bertambah dan mengakibatkan dengkuran bertambah teruk.

> Terlalu letih.

> Banyak minum minuman keras sebelum tidur.

> Masalah saluran pernafasan.

> Mengalami masalah Apnea tidur.