Tokek merupakan nama umum bagi menyebut cicak besar. Ada beberapa jenis tokek, namun istilah tokek biasanya merujuk kepada cicak besar rumah.
Tokek rumah adalah sejenis reptilia yang masuk ke dalam golongan cicak besar, spesis Gekkonidae. Tokek rumah memiliki nama ilmiah Gekko gecko (Linnaeus, 1758). Dalam bahasa lain reptilia ini disebut sebagai téko atau tekék (bahasa Jawa), tokék (bahasa Sunda), dan tokay gecko atau tucktoo (bahasa Inggris).
Cicak ini berukuran besar dan panjangnya kira-kira 340 mm, hampir setengahnya adalah ekornya.
Dorsal (sisi punggung) kasar, dengan banyak bintik-bintik besar. Kulit kebiruan dan kecoklatan, dengan bintik-bintik berwarna merah bata sampai jingga. Ventral (perut, sisi bawah tubuh) kulit biru keputihan atau kekuningan. Ekor membulat, dengan enam baris bintil; berbelang-belang.
Jari-jari kaki depan dan belakang dilengkapi dengan bantalan pengisap yang disebut scansor, yang terletak di sisi bawah jari. Gunanya untuk melekat pada permukaan yang licin. Maka, dari sisi atas jari-jari tokek nampak melebar.
Tokek biasanya dijumpai di pokok-pokok di kawasan dan di rumah, terutamanya di kampung-kampung dan di tepi hutan. Tokek rumah merupakan pemangsa bagi serangga seperti cicak kecil, tikus kecil, cengkerik, belalang kecil, dan mungkin juga burung kecil . Seperti spesis cicak lain, tokek memburu mangsanya pada waktu malam, manakala siang hari biasanya mereka bersembunyi di celah-celah pokok, celah batu, bahkan di celah atap rumah.
Haiwan ini boleh ditemui dari India timur, Nepal, Bangladesh, sebahagian Myanmar,Tiongkok selatan dan timur, Thailand, Semenanjung Malaysia, Sumatra, Jawa, Sulawesi, Lombok, Flores, Timor, Aru dan sehingga kekepulauan Filipina .
Tokek menjadi mahal dan sangat dicari orang kerana kononnya boleh menyembuhkan penyakit orang yang mengidap HIV atau AIDS. Penyakit ini boleh menyerang sistem imun tubuh badan dan belum ada penawar perubatan yang mampu mengatasinya. Oleh sebab itu, ramuan tradisional dari tokek dipercayai boleh dijadikan ramuan paling mujarab. Bagian lidah tokek dan darahnya dikatakan mengandungi zat yang boleh melawan virus HIV. Selain lidah, hempedu tokek kononnya juga mujarab bagi mengubat orang yang mengidap AIDS. Di sebabkan inilah harganya sangat mahal untuk dibeli dan boleh mencecah sehingga RM40 000 atau lebih mengikut beratnya.
Tetapi reptilia ini sangat susah ditemuai dan bagi orang yang bernasib baik akan menemuinya.
3 ulasan:
gler beso ccak nie.... mkan orang ke beso gni...
tokek bintik merah 2milion. 450g. gombak. call 0192359980
bleh kaye ea dpt...
Catat Ulasan