Mengalir air mata Ku tanpa Ku sedari ketika
membaca kisah ini... Astaughfirullah!!!
- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala
(bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati
kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun
mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman
mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab.
Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa
lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan
yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s.
dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh
makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang
Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg
disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah
manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan
telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka
sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi
kelak.
- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi
seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan
besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang
banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri,
setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan
bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.
Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi
yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh
makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan
yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas
kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik
dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai
menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga
peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada
amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW
bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang
mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya.
Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi
empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari
kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia
mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang
terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin
yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan
berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina,
tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi
(tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati
Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang
mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman,
kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka
mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini
berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s
menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan
besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa
a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan
akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan
yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke
hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang
kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun.
Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat
yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih
dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar
berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa
dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia
seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di
dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan
Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih
kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama
singgahsana yang terletak dihadapan istana.
- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana
takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan
masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan
tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini
telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan
pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin
mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi
Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum
yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab
amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya
mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika
orang bukan mukmin.
- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka
menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang
yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan
yang gelap untuk menimbang dosa.
- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan
para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika
dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan
buruk tetap akan ditimbang.
- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri,
tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah
tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka
kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang
dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya
menyeberangi titian sirat.
- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang
Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa
hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman
sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah
SWT.)
Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga
diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka.
Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70
000 orang yang lain.
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan
menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan
(titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti
sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi
orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat
memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun
menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang
binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan
api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat
mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya
seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam
neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh
Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham
akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda
Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah
pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya
apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya
bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya
kepada orang lain.
0 ulasan:
Catat Ulasan