Seni arca di Malaysia boleh dikatakan masih baru dari segi penglibatan pengarca berbanding dengan catan. Arca di Malaysia rata-ratanya hanya diguna pakai bersempena tema tertentu seperti Laman Asia, arca di bangunan perniagaan dan sebagainya. Seni arca masih belum diketengahkan dan dilibatkan secara serius. Pameran bagi pengarca tempatan jarang diadakan berbanding diluar Negara, seni arca dan catan berkembang seiring. Masalah ini terjadi berkemungkinan kebanyakan arca yang dihasilkan mempunyai kelemahan seperti penguasaan teknik, bahan dan permasalahan bentuk itu sendiri. Tetapi dalam pengamatan saya, pengarca di Malaysia kini sudah matang dari segi idea dan pengubahan media yang digunakan. Permasalahan yang utama yang dapat saya lihat, seni arca masih belum dapat diterima oleh masyarakat Malaysia itu sendiri. Hanya segelintir sahaja yang memahami seni dan menerimanya. Ia berkemungkinan besar disebabkan faktor budaya dan agama yang dianuti oleh masyarakat Malaysia terutamanya kaum Melayu yang rata-ratanya beragama Islam. Anggapan mereka barangkali arca dikaitkan dengan berhala yang sememangnya dilarang dalam agama Islam itu sendiri.
Walhal, karya seni arca di Malaysia kini dihasilkan mempunyai sebab-sebab tertentu. Banyak contoh-contoh karya seni arca di Malaysia yang dapat kita lihat di merata tempat seperti di galeri-galeri dan sebagainya. Kebanyakan arca yang dihasilkan berkenaan dengan kebudayaan dan kepercayaan masyarakat Malaysia. Ini kerana masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan budaya. Kita bertuah kerana kita mempunyai masyarakat yang pelbagai yang membolehkan kita berkongsi budaya sesama sendiri. Ini menjadikan seni arca dan catan khususnya dapat dimartabatkan dengan penglibatan pengarca yang mempunyai latar-belakang yang pelbagai.
DEFINISI:
Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris.
Selalunya arca dapat dilihat di galeri, taman permainan, dan tempat – tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan.
Arca bersifat realistik atau abstrak. Arca realistik menampilkan objek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk menginterpetasikan bentuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi.

1 ulasan:
tq ats pengkongsian mgenai arca.
Catat Ulasan