Secara kebetulan Hari Valentime yang disambut sesetengah masyarakat dunia pada tahun ini berlaku sehari sebelum umat Islam memperingati keputeraan junjunagn besar nabi Muhammad S.A.W. Uniknya lagi kelahiran insan agung ini membawa 1000 kasih sayang dan rahmat buat seluruh alam .
sebelum kelahirannya, masyarakat Arab tanpa rasa belas kasihan tergamak membunuh anak perempuan yang baru dilahirkan hanya kerana malu dan memandang rendah terhadap kedudukan wanita. Pengutusan Baginda Nabi Muhammad S.A.W. meletakkan wanita setanding lelaki, mereka diberi hak untuk hidup, hak untuk mewarisi harta pusaka dan lebih mulia lagi apabila diberi hak ihsan dam belas kasihan sehingga ketaatan kepada ibu bakal membawa ke syurga.
Namun kini, apa yang berlaku sebaliknya. Ada di kalangan wanita secara sengaja menjatuhkan maruah dan kehormatan diri dengan terbabit dalam aktiviti negatif seperti pelacuran, menjadi pelayan pelanggan (GRO) dan bohsia. Ramai pula yang tanpa segan silu memperagakan pakaian mencolok mata lalu menyumbang kepada peningkatan statistik kes rogol dan salah laku seksual.
Golongan wanita secara umumnya berpewatakan ayu, lemah-lembut dan penuh kasih seorang ibu pula,kini seolah-olah menjadi ganas dan tidak lagi berperikemanusiaan.
Mana tidaknya, ada dikalangan mereka yang tegamak membuang dan membunuh bayi sendiri. Entah dimana silapnya sehingga ajaran Nabi yang murni supaya ,enghormati orang tua dan menyayangi yang muda tidak diendahkan. Akhlak Nabi S.A.W. sendiri yang sangat mengasihani kanak-kanak terutama golongan miskin dan anak yatim juga tidak dipedulikan. Saidina Anas meriwayatkan Rasulullah SAW adalah individu yang paling sayang kepada wanita dan anak-anak ( riwayat muslim).
Selain itu nilai kasih sayang dalam kehidupan pasangan berumahtangga juga kelihatan mula hilang sedikit semi sedikit. Mungkin kerana kesibukan kerjaya sehingga tanggungjawap terhadap anak terabai.
Anak juga mula hilang hormat terhadap ibu bapa mereka. Laporan media menunjukkan dad anak yang sanggup tidak mengaku ibu yang pernah melahirkan hanya kerana termakan pujuk rayu kekasih yang baru sahaja dikenali.
Mungkin juga semua gejala ketirisan nilai kasih sayang ini berlaku kerana segelintir umat Islam yang kurang memahami erti kasih sayang sebenar yang telah diajar oleh Nabi Muhammad SAW. Ketidakfahaman itu menyebabkan golongan muda-mudi Islam terikut-ikut dengan budaya songsang yang diceduk daripada orang lain tanpa mentedari betapa Islam memiliki khazanah akhlak mulia yang sesuai diamalkan sepanjang zaman.
Lebih membimbangkan lagi apabila ada yang melihat kasih sayang sebagai tiket untuk berbuat dosa dan maksiat. Kasih sayang pada pandangan mereka menghalalkan apa sahaja keinginan nafsu serakah mereka.
Mereka mudah termakan pujuk rayu syaitan lalu berkhalwat dan bersekedudukan tanpa rasa bersalah. Perbuatan keji seperti berpelukan dan bercium diantara pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta juga dianggap perkara biasa.
Perlu juga difahami bahawa syariah Islam yang suci tidak pernah mempromosikan supaya amalan kasih sayang disambut hanya pada hari tertentu. Ia adalah nilai akhlak mulia yang tertanam dalam sanubari setiap insan yang cintakan kasih sayang dan kedamaian sepanjang masa.
Kedangkalan segelintir muda-mudi Islam yang turut sama menyambut Hari Valentime adalah bukti betapa masih ramai lagi yang tidak memahami sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW yang mulia.
Ahad, Februari 20, 2011
PADAH TAK FAHAM SIRAH NABI (!)
Ahad, Februari 06, 2011
AKU DI MESIR...
Alhamdulillah aq skrang adew kat Malaysia, nasib baik krisis yang jdi kat Mesir tu tak jadi pada diri aku n kawan2 aku yg prgi kt Mesir Thun lepas 2010.
Sbeno nye thun lepas aq n daq2 Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru adew ke Mesir membuat prsembahan kat ISMAILIA kerana kt sane adew Festival. Jadi negare Malaysia antare salah satu yang terpilh untuk menyertai feztival tu, antare negare lain sperti Itali, Indonesia, Mesir sendiri anta wakil n bnyak lagi ngare lain yang aq x ingat.....
Klu diikutkn, perjalann kite orang dri Malaysia ke Doha sambung lak trus ke Mesir, jdi 2 kali tukar flight.... kite orang naek Qatar Airway,,, mmg best gler kat dalam ue,,,, p yag x thnnye berjam2 kite kat dam ue.... P pape pown tu lah pengalamn yg pling best dalam hidup aq....

kat sne aq kene wat prsembhan tarian Zapin yang sngt popular di Johor, selain mmbuat sedikit jualan tentang barangan Malaysia(kraftangan). Mase ngah bwat jualan ue, adew r mamat saleh nie nk beli gasing cina. Jdi aq trpkse r wat demostrasi cra permainan gasing ue. Aq pown start speaking bla,bla,bla n dye phm... Sbenonye mse nk tunjukkan ue aku ade r cuak2 berani sbab aq stop men gasing ue mse drjah 6 sampai tahun lepas.... P nsib baik aura ue adew lgi, n dengan bngge nye aq pown jdi promoter+demostrasi permainan. Arie tue ramai gak r yang beli gasing ue bab die orang x pernahtengok bende cmtue kat negare die orngkn... Ade gak yang beli skadar ntok kenang2an jerr,,,, x reti maen pown....
yeah!!!! aq kat depan PIRAMID..... |
dari kiri Adda, Mimi Nad, Aku, Ajie dri kanan Paicer, belakang Tyqa, Mimie Has, n yang kecik kat depan Lilis. |
nie flight dari Doha ke Kaherah... sungai kt depn ue ialah Laut Merah. |
nie ngah melantak Kebab, makanan paling popular kat sini. kenyang glerr.... |
yeah,,, aq kt depan airport Cairo. |
Sabtu, Februari 05, 2011
EGYPT CRISIS
Buat masa ini, ketepikan semua perkara yang melanda dalam negara kita seperti pilihan raya, isu sosial, dan apa-apa perkara. Tumpukan perhatian pada isu yang sangat tragis iaitu nasib pelajar-pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Mesir.
Egypt crisis (What, Why and Who)
Ketepikan sekejap perbincangan mengenai IT di JomPHP, kerana ada isu penting dan serius yang ingin disampaikan. Kalau anda bukan duduk di bawah batu, pasti ada terdengar berita mengenai revolusi rakyat Mesir menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak.
Ketahuilah bahawa keadaan di sana adalah lebih teruk daripada jangkaan anda. Kalau anda baca akhbar harian dan tengok tv mainstream anda tak tahu apa yang berlaku secara terperinci. Asyik2 isu fasha sandha yang tak habis-habis lagi. PM kita pula sibuk dengan DUN Tenang dan spam email rakyat dengan ucapan CNY.
Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook, twitter, blog, tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.
edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.
edit 2 : beberapa rujukan telah ditambah.
Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.
Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.
1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir
Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.
2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat
Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.
3. 5000 banduan terlepas dari penjara
Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.
Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.
sumber: http://goo.gl/KDkfI
4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak
Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.
edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga
http://goo.gl/iE5Y4 dan juga http://goo.gl/aU1uI
5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan
Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.
Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.
6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar
Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.
Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.
7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!
Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar KitaJika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923Atau melalui:Facebook: Nuvul Nadiva DizavchYM: nadia_mdzin2001@yahoo.comPlease let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.- Nadia
8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini
Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.
9. Bacaan berguna
Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:
Sudah-sudah baca gosip artis Fasha Sandha dll, lupakan mereka seketika untuk memandang serius isu ini.
Yang ada Astro pun boleh tengok siaran Al-Jazeera. Sekian, entri khidmat masyarakat dari kami di JomPHP.
sumber dari :
sumber dari :
Jumaat, Februari 04, 2011
AARRRHHGGGG!!!!!!
ahhrrrhhhh,,,,, arie nie memang bosan...... sebabnye dah nak nek skewl..... memang malaz nak pergi skewl... kalau boleh nak dok je kat rumah nie lame2..... p nak buat cam ne., dah tanggungjawab aq, my responsiblity....
tpi xpe, aq pergi gak walaupun homework adew r sket2 x ciap g....
by the way, aku tahun nie nak SPM, so kene wat yang terbaek ntok diri aq n FAMILY paling penting....

Khamis, Februari 03, 2011
GONG XI FA CAI 2011
K,, pde sume bangse cine, ingin diucpkn Slamat Thun Bru Cina... ini thn rabbit...
so slmt thun bru... sye nk minx ang pau.....

Rabu, Februari 02, 2011
SUME NIE UJIAN ALLAH S.W.T.
gler r.... skunk ni ngah musim bnjir r seyh.... sne sini air.... sne sni hujan..
nk wt keje kt luo pown ssh bab asik kne tempas je...
ni nk cter cket, aq ksian sbenonye kt orng yg jdi mangse bnjir ni.... ye r, mne x nyer, dh r rumh msuk air, pasue kne pindh ke tmpt len plak.... p yg lbih tragis klu ade yg khlangan ahli keluarge, aq kt sini nk icap takziah pde ahli kluarga msing2...
p 1 je nsiht dri aq, korang bnyk2kn r brsbr ea..... sume nie dugaan dri Allah taala,, dia bkn sngaje nk trun kn hujan sm5 bnjr gni,, ssngghnye adw hkmahnye... mnkin nk mnyedrkn kter yg di akhir zaman nie supaya beriman kepada-Nya..... ssnghnye, Allah akn sntiasa dengan orng yg plg kuat bersabar n moge2 kte kt dlam golngan cmnie,... Ammmiiiinmnnnnn,......

Selasa, Februari 01, 2011
TENTANG DUNIA LUKISAN
LUKISAN
Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus.2.Lukisan menyediakan landasan asas untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara dan bidang.3.Biasanya lukisan menggunakan media kering untuk menghasilkan karya.4.Penghasilan lukisan bertujuan untuk mengkaji struktur bentuk subjek atau imej yang dilukis secara teliti.5.Lukisan akan mengikatkan kita dengan emosi, keintelektualan dan juga spiritual.6.Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, intelektual dan spiritual manusia.7.Lukisan dapat mengembangkan kedua-dua minda dan semangat (spirit). 8.Justeru, lukisan dilakukan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan pemikiran manusia.
SEJARAH LUKISAN
Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba.Lukisan tersebut berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan.Di Malaysia lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua tambun, Perak.Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu.
MEDIA
Media dominan ialah media kering seperti pensel dan arang untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan.Penghasilan mestilah memperlihatkan struktur sesuatu benda. Lukisan juga boleh dihasilkan melalui campuran media kering dan media basah. Contohnya, warna pensel dan warna air.Penggunaan media basah seperti warna air juga boleh digunakan tetapi penggunaannya adalah secara terhad dan minimum.Lukisan menitikberatkan kepada penghasilan struktur bentuk sesuatu benda dengan penggunaan pelbagai jenis garisan.

TUJUAN PENGHASILAN
Mengkaji struktur sesuatu benda dengan lebih terperinci menggunakan aplikasi unsur dan prinsip seni reka. Contohnya, memasukkan jalinan dan imbangan pada bentuk yang dilukis.Gambaran awal atau gambaran ringkas sebelum penghasilan imej akhir. Contohnya, lukisan sesuatu imej dihasilkan sebelum penghasilan imej sebenar pada catan.Menerusi lukisan juga boleh dijadikan sebagai sindiran atau komentar sosial dalam sesebuah masyarakat dan ia dapat mempengaruhi psikologi manusia. Contohnya, lukisan kartun yang menyindir sistem sosial dalam sesebuah masyarakat.Lukisan juga dapat dijadikan sebagai luahan emosi dan ekspresi pengkarya melalui tema yang disampaikan melalui imej-mej tertentu.
JENIS LUKISAN
1.Lukisan FiguratifPenumpuan kepada tubuh badan dan anatomi manusia
2.Lukisan FantasiLukisan imaginasi di alam nyata atau khayalan
3.Lukisan IlustrasiLukisan yang mempunyai tema atau keterangan tertentu yang ingin disampaikan kepada audiens.
4.Lukisan KajianMerakamkan ketelitian pada subjek yang dikaji.Contoh,memasukkan unsur jalinan, cahaya dan struktur bentuk yang terperinci
5.Lukisan Kontour
6.Lukisan Gesturea.Menggunakan seluruh pergerakan tangan dan tidak terhad pada pergelangan tangan.b.Dihasilkan sebelum penghasilan catan, arca atau seni grafik.c.Dihasilkan dalam masa yang singkat dan digunakan untuk menyelaras antara kerja mata, minda dan tangan pada objek yang dilukis.
7.Lukisan TeknikalMenggunakan skala tertentu untuk memastikan sudut pandangan dan kadar banding yang tepat.
8.Lukisan Kartuna. Menggunakan pelbagai kualiti garisan dan garisan ringkas untuk menggambarkan watak-watak kartunb. Digambarkan melalui tema jenaka

BAHAN DAN MEDIA
Penggunaan bahan dan media adalah penting dalam menghasilkan lukisan. Tetapi ini tidak bermakna bahan dan media yang mahal sahaja mampu menghasilkan lukisan yang bermutu dan menarik. Lukisan yang bermutu dan kreatif boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan yang biasa sahaja. Tidak dinafikan juga, penggunaan bahan yan gmahal dan berkualiti merupakan satu rangsangan dalam penghasilkan lukisan.
PENSEL
Pensel merupakan media serba boleh dalam bidang lukisan. Ia digunakan untuk menghasilkan pelbagai nilai di atas banyak permukaan. Pensel digolongkan mengikut nilai kekerasannya. Pensel 6H ( paling keras ) hingga H; kemudian HB; seterusnya B, 1B hingga 8B (paling lembut). Pensel lembut seperti HB atau B adalah sesuai untuk lukisan biasa. Jika pensel HB atau B digunakan secara tajam, ia akan menghasilkan garisan yang tajam dan jika ditekan garisan yang terbentuk akan lebih tinggi nilai kepekatannya. Pensel HB atau pensel yang lembut adalah lebih senang untuk dikawal berbanding pensel yang keras. Garisan yang dihasilkan oleh pensel lembut boleh dicomotkan dengan kaedah gosokan dengan tangan atau pemadam. Jika terlalu banyak bahagian sesebuah lukisan itu dicomotkan, lukisan itu akan kelihatan samar – samar.
ARANG
Arang merupakan bahan yang memberi kebebasan untuk menghasilkan lukisan secara spontan. Arang yang pendek adalah lebih senang digunakan. Comotan dengan tangan atau pemadam akan menghasilkan pelbagai jalinan dalam lukisan menggunakan arang. Manakala kesalahan pula adalah senang untuk diperbaiki kerana lukisan asal senang dipadamkan dengan menggunakan kain. Hasil lukisan yang telah siap mestilah disemburkan dengan bahan pemati dan seterusnya dilindungi dengan kertas tisu bagi mengelakkan comotan.

PEN DAKWAT
Pen dakwat adalah salah satu alat melukis yang senang untuk digunakan. Pen seperti Rapidograph, Rotring dan Faber Castle mempunyai mata pen yang pelbagai saiz. Dakwat kalis air akan menghasilkan kesan warna yang legap. Dakwat biasa adalah kurang legap jika digunakan dan akan memberi beberapa nilai warna jika digunakan secara terkawal. Air boleh dicampurkan kepada dakwat jika warna yang lebih terang diperlukan.
PEN MATA BOLA
Pen mata bola sesuai digunakan untuk lakaran yang ringkas atau contengan, tetapi sukar untuk menghasilkan lukisan yang pelbagai nilai warna dengan menggunakan pen yang sama.PEN FELT Pen felt sesuai digunakan untuk lakaran atau contengan.
CONTE CRAYON
Conte crayon mempunyai kekerasan yang berbeza. Cara menggunakan conte crayon adalah sama seperti menggunakan menggunakan arang.
KRAYON LILIN
Krayon lilin lembut tetapi sukar untuk dipadam setelah dilukis. Salah satu ciri istimewa crayon lilin adalah gurisan boleh dibuat di atas lukisan untuk menimbulkan kesan yang menarik.
PASTEL
Pastel adalah lebih lembut daripada krayon lilin dan mempunyai banyak warna.
BERUS
Berus telah lama digunakan oleh pelukis – pelukis Cina dan Jepun sebagai alatan melukis mereka. Lazimnya, berus yang besar boleh menghasilkan garisan yang nipis jika dikawal dengan betul. Berus yang kecil pula mampu menghasilkan garisan yang tebal daripada garisan yang dihasilkan dengan mata pen yang lebar.

FUNGSI DAN BENTUK LUKISAN
Lukisan adalah proses yang ringkas dan cepat untuk merakam idea dan imej secara visual selepas pemerhatian rapi dibuat. Garisan, titik – titik lorekan dan gurisan digunakan untuk merakam idea atau imej di atas kertas atau apa saja permukaan yang rata. Lukisan juga boleh diubahsuai atau diperkembangkan untuk membentuk hasil seni yang lain. Catan, cetakan, arca, seni grafik dan kraftangan adalah bermula daripada lukisan ringkas yang juga dikenali sebagai lakaran. Lukisan yang dihasilkan menerusi pengamatan, kajian dan imaginasi akan menghasilkan karya seni yang kreatif. Jadi, latihan yang banyak akan dapat melatih dan meningkatkan lagi nilai lukisan. Pemerhatian yang rapi dan teliti akan membolehkan seseorang pelukis merakam imej atau objek yang lebih bermakna lagi. Objek yang terdapat disekeliling kita samada objek semulajadi atau buatan manusia boleh dijadikan bahan dalam lukisan. Had masa melukis adalah tidak berapa penting. Biasanya, lukisan yang ringkas yang hanya memerlukan masa selama 10 minit mampu mengandungi maklumat yang mencukupi untuk menghasilkan karya seni yang menarik. Lukisan yang menarik biasanya ialah hasil lukisan pelukis yang berminat atau mempunyai minat yang mendalam dalam berkarya. Objek yang dilukis kadangkala tidak semestinya menarik minat pelukis tetapi proses melukis serta kaedah baru seseorang pelukis melukis objek berkenaan yang menimbulkan rangsangan untuk mencuba dan memperkembangkan lukisannya.

Label:
ANTARABANGSA,
LUKISAN,
SEJARAH,
SENI,
VISUAL
Selasa, Februari 01, 2011
Portrait Pencil Drawing: Test
Langgan:
Catatan (Atom)