Subscribe:

Halaman

Khamis, Disember 23, 2010

SEJARAH KEMERDEKAAN-PART 2

RUNDINGAN ANTARA KAUM DAN PENYEDIAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957
 SURUHANJAYA REID

1.
Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada tahun 1956 untuk mengubal rang perlembagaan baru bagi Tanah Melayu yang bakal mencapai kemerdekaan.
2.
Suruhanjaya ini diketuai oleh Lord Reid.
3.
Anggota-anggotanya yang lain terdiri daripada 4 orang hakim dari Negara Komanwel iaitu:
(a)Sir William Mckell dari Australia.
(b)Sir Ivor Jennings dari United Kindom.
(c)B.Malik dari India.
(d)Abdul Hamid dari Pakistan.
4.
Suruhanjaya ini menerima sebanyak 131 memo random bertulis daripada pertubuhan-pertubuhan dan individu induvidu.
5.
Suruhanjaya ini juga berperanan untuk menkaji memorandum dan merangka satu pelembagaan baru.
6.
Satu laporan atau rang perlembgaan dikemukakan oleh Suruhanjaya Reid pada Februari 1957untuk pperbincang umum.
7.
Antara cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid ialah:
(a)Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh seorang raja.
(b)Ketua negera ialah Yang di-Pertuan Agong.
(c)Persekutuan Tanah Melayu mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.
(d)Sistem kerajaan pusat dan kerajaan negeri diamalkan.
(e)Parlimen Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
(f)Pilihan raya umum diadakan setiap lima tahun sekali.
(g)Pulau Pinang dan Melaka diketuai oleh seorang Yang Dipertuan.
(h)Hak istimewa orang Melayu ditimbang semula selspas 10 tahun merdeka.
(i)Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebanggsaan tetapi bahasa Cina dan bahasa Tamil boleh digunakan dalam parlimen dan Dewan Negeri.
8.
Parti Perikatan menkaji Laporan Suruhanjaya Reid dan membuat beberapa pindaan.
9.
Meorandum yang dihantar oleh Parti Perikatan kepada Suruhanjaya Reid adalah hasil daripada tolak ansur antara 3 kaum.
10.
Antara pindaan yang dibuat oleh Parti Perikatan ialah:
(a) Agama Islam adalah agama rasmi tetapi rakyat bebas mengamalkan agama masing-masing.
(b) Cadangan dwikerakyatan oleh Suruhanjaya Reid ditolak. Seseorang hanya boleh memiliki satu kewarganegaraan.
(c) Hanya bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sahaja dibenarkan dalam Majlis Perundangan selama 10 tahun.
(d) Hak istimewa orang Melayu  dipertimbangkan atas arahanyang di- Pertuan Agong.
(e) Bahasa Cina dan Bahasa Tamil boleh digunakan sebagai bahasa pengantaraan di sekolah rendah.
(f) Sesiapa yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu pada atau selepas hari kemerdekaan akan menjadi warganegara secara automatik.
11.
Pindaan terhadap Suruhanjaya Reid diterima oleh semua kaum dalam Parti Perikatan.
12.
UMNO bersetuju melonggarkan pemberian hak kerakyatan  kepada orang bukan Melayu.
13.
MCA dan MIC menerima usul mengenai bahasa Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu sebagai kaum bumiputera.
14
Selepas pindaan, perlembagaan ini diperkenan oleh Majlis Raja-raja.
15
Rang perlembagaan yang telah dipinda diluluskan  oleh Majlis Undangan Tanah Melayu pada 15 Ogos 1957 dan berkuatkuasa pada 27 Ogos 1957.


ASAS PERLEMBAGAAN TANAH
MELAYU 1957


1.
Rang perlembagaan Tanah Melayu yang telah dipinda dan dipersetujui bersama dikuatkuasakan pada 27 Ogos 1957.
2.
Asas-asas perlembagaan yang dipersetujui bersama adalah seperti berikut:
(a) Kedudukan Raja-raja Melayu. Ketua Negara Tanah Melayu ialah Yang di-Pertuan Agong sementara sultan-sultan pula menjadi ketua di negeri masing-masing.
(b) Kedudukan istimewa orang Melayu. Kedudukan orang Melayu sebagai kaum bumiputera di Tanah Melayu diiktiraf dan hak istimewa orang Melayu dijamin oleh perlembagaan.
(c) Pemberian kerakyatan. Seseorang yang dilahirkan di Tanah Melayu pada atau selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan secara otomatis menjadi warganegara Tanah Melayu.
(d) Kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu dijadakan bahasa kebangsaan. Walau bagaimanapun bahasa Inggeris masih digunakan dalam majlis perundangan selama 10 tahun selepas merdeka.
(e) Peranan dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi. Agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu ialah agama Islam. Walau bagaimanapun kebebasan beragama bagi orang bukan Islam adalah terjamin.
3.
Perlembagaan Tanah Melayu 1957 berasaskan kepada 2 ciri utama iaitu:
(a)    Raja berperlembagaan
(b)   Demakrasi berparlimen.
  

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN 31 OGOS 1957

1.
Untuk menandakan kemerdekaan tanah Melayu, bendera Union Jack diturunkan pada pukul 12 tengah malam pada 31 Ogos 1957.
2.
Bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar menandakan penjajahan British sudah tamat di tanah Melayu.
3.
Hari Kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1957 oleh Tunku Abdul Rahman.
4.
Pada hari tersebut, Jemaah Menteri  bagi Persekutuan Tanah Melayu  yang pertama diumumkan.
5.
Tunku Abdul Rahman mengetuai Jemaah Menteri dengan menjadi Perdana Menteri  yang pertama bermula pada tahun 1957 hingga 1970.
6.
Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong.
7.
Yang di-PertuanAgong Tanah Melayu yang pertama ialah Almarhum Tunku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang Dipertuan Negeri Sembilan.
8.
Pilihan raya umum yang pertama diadakan pada tahun 1959.
9.
Dalam pilihan raya pada tahun 1959, terdapat pertambahan pengundi bukan Melayu kerana pelongaran syarat mendapat kerakyatan.
10.
Parti Perikatan telah memenangi 74 daripada 104 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya tersebut.
11.
Tunku Abdul Rahman Sekali lagi dilantik sebagai Perdana Menteri.
12.
Beliau dibantu oleh sebuah kabinet yang terdiri daripada 12 menteri  yang berbilang kaum.

Watikah Permasyhuran Merdeka
Keratan Akhbar Utusan 1957


0 ulasan:

Catat Ulasan