Subscribe:

Halaman

Khamis, Disember 23, 2010

SEJARAH KEMERDEKAAN-PART 1

PILIHAN RAYA UMUM PERTAMA(1955).

1.
Pilihan raya umum yang pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu diadakan pada 27 Julai 1955.
2.
UMNO, MCA, dan MIC telah bergabung menjadi Parti Perikatan bagi mewakili tiga kaum utama di Tanah Melayu dalam menghadapi pilihan raya ini.
3.
Matlamat utama Parti Perikatan dalam pilihan raya ini adalah untuk mencapai kemerdekaan Tanah Mulayu.
4.
Parti-parti lain yang turut bertanding ialah:
(a) Parti Buruh
(b) Parti Negara
(c) Parti Progresif Rakyat
(d) Parti Islam Se-Malaya (PAS).
5.
Didapati lebih daripada 80% pengundi memberi sokongan kepada Parti Perikatan.
6.
Berdasarkan sokongan ini, Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.
7.
Kemenangan Parti Perikatan dalam pilihan raya tersebut menunjukkan penduduk Tanah Melayu boleh bersatu.
8.
Berikutan kemenangan itu, kerajaan British mengiktiraf  Parti Perikatan sebagai kerajaan yang mewakili rakyat Tanah Melayu.
9.
Sistem Ahli ditukar kepada Sistem Menteri.
10.
Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Ketua Menteri Tanah melayu yang pertama.
11.
Pesuruhjaya Tinggi British masih:
(a)Ketua Persekutuan.
(b)Mempunyai kuasa pembatal untuk membatalkan sebarang undang-undang yang digubal oleh Majis Undangan persekutuan.



 ROMBONGAN KE LONDON(1956)

1.
Seperti yang dijanjikan dalam kempen pilihan raya umum 1955, wakil Parti Perikatan berlepas ke London untuk merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu setelah memenangi pilihan raya umum 1955.
2.
Rombongan tersebut berlepas ke London pada Januari 1956 dan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.
3.
Rombongan ini terdiri daripada:

1. 4 orang wakil kerajaan Perikatan
(a) Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
(b) Dato’ Abdul RazakHussein
(c) Dr. Ismail Abdul Rahman
(d) Kol. H. S. Lee

2. 4 orang wakil Raja-raja Melayu
(a) Datuk Panglima Bukit Gantang
(b) Dato’ Mohd Seth
(c) Dato’ Nik Ahmad Kamil
(d) Abdul Aziz Majid

3. Wakil-wakil British di Tanah Melayu.
4.
Hasil daripada rundingan ini, Perjanjian London di tandatangani pada 8 Februari 1956.
5.
Antara isi kandungan Perjanjian London 1956:
(a) Kerajaan British bersetuju memberikan kemerdekaan kepada tanah melayu pada    31 Ogos 1957.
(b)Kerajaan British berjanji memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu dengan syarat sebuah Suruhan Jaya Perlembagaan baru bagi Tanah Melayu yang merdeka.
(c) Parti Perikatan berjanji tidak akan memiliki atau mengambil alih harta benda atau perniagaan British di Tanah Melayu.
(d) Rakyat British bebas Menjalankan aktiviti ekonomi mereka.
(e) Pangkalan tentera British di Tanah Melayu akan dikekalkan supaya British dapat melindungi Negara dan menjaga kepentingan mereka.
6.
Setelah kembali ke tanah air, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan tarikh kemerdekaan di Padang Bandar Hilir, Melaka.

Antara yang menyertai rombongan
Tunku Andul Rahman menandatangani Perjanjian London 1956

0 ulasan:

Catat Ulasan