Subscribe:

Halaman

Ahad, Februari 20, 2011

PADAH TAK FAHAM SIRAH NABI (!)

Secara kebetulan Hari Valentime yang disambut sesetengah masyarakat dunia pada tahun ini berlaku sehari sebelum umat Islam memperingati keputeraan junjunagn besar nabi Muhammad S.A.W. Uniknya lagi kelahiran insan agung ini membawa 1000 kasih sayang dan rahmat buat seluruh alam .
                         sebelum kelahirannya, masyarakat Arab tanpa rasa belas kasihan tergamak membunuh anak perempuan yang baru dilahirkan hanya kerana malu dan memandang rendah terhadap kedudukan wanita. Pengutusan Baginda Nabi Muhammad S.A.W. meletakkan wanita setanding lelaki, mereka diberi hak untuk hidup, hak untuk mewarisi harta pusaka dan lebih mulia lagi apabila diberi hak ihsan dam belas kasihan sehingga ketaatan kepada ibu bakal membawa ke syurga.
                         Namun kini, apa yang berlaku sebaliknya. Ada di kalangan wanita secara sengaja menjatuhkan maruah dan kehormatan diri dengan terbabit dalam aktiviti negatif seperti pelacuran, menjadi pelayan pelanggan (GRO) dan bohsia. Ramai pula yang tanpa segan silu memperagakan pakaian mencolok mata lalu menyumbang kepada peningkatan statistik kes rogol dan salah laku seksual.
                         Golongan wanita secara umumnya berpewatakan ayu, lemah-lembut dan penuh kasih seorang ibu pula,kini seolah-olah menjadi ganas dan tidak lagi berperikemanusiaan.
                         Mana tidaknya, ada dikalangan mereka yang tegamak membuang dan membunuh bayi sendiri. Entah dimana silapnya sehingga ajaran Nabi yang murni supaya ,enghormati orang tua dan menyayangi yang muda tidak diendahkan. Akhlak Nabi S.A.W. sendiri yang sangat mengasihani kanak-kanak terutama golongan miskin dan anak yatim juga tidak dipedulikan. Saidina Anas meriwayatkan Rasulullah SAW adalah individu yang paling sayang kepada wanita dan anak-anak ( riwayat muslim).
                        Selain itu nilai kasih sayang dalam kehidupan pasangan berumahtangga juga kelihatan mula hilang sedikit semi sedikit. Mungkin kerana kesibukan kerjaya sehingga tanggungjawap terhadap anak terabai.
                       Anak juga mula hilang hormat terhadap ibu bapa mereka. Laporan media menunjukkan dad anak yang sanggup tidak mengaku ibu yang pernah melahirkan hanya kerana termakan pujuk rayu kekasih yang baru sahaja dikenali.
                      Mungkin juga semua gejala ketirisan nilai kasih sayang ini berlaku kerana segelintir umat Islam yang kurang memahami erti kasih sayang sebenar yang telah diajar oleh Nabi Muhammad SAW. Ketidakfahaman itu menyebabkan golongan muda-mudi Islam terikut-ikut dengan budaya songsang yang diceduk daripada orang lain tanpa mentedari betapa Islam memiliki khazanah akhlak mulia yang sesuai diamalkan sepanjang zaman.
                     Lebih membimbangkan lagi apabila ada yang melihat kasih sayang sebagai tiket untuk berbuat dosa dan maksiat. Kasih sayang pada pandangan mereka menghalalkan apa sahaja keinginan nafsu serakah mereka.
                    Mereka mudah termakan pujuk rayu syaitan lalu berkhalwat dan bersekedudukan tanpa rasa bersalah. Perbuatan keji seperti berpelukan dan bercium diantara pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta juga dianggap perkara biasa.
                    Perlu juga difahami bahawa syariah Islam yang suci tidak pernah mempromosikan supaya amalan kasih sayang disambut hanya pada hari tertentu. Ia adalah nilai akhlak mulia yang tertanam dalam sanubari setiap insan yang cintakan kasih sayang dan kedamaian sepanjang masa.
                   Kedangkalan segelintir muda-mudi Islam yang turut sama menyambut Hari Valentime adalah bukti betapa masih ramai lagi yang tidak memahami sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW yang mulia.

0 ulasan:

Catat Ulasan